Daisypath Anniversary tickers

Pregnancy Moment

-----------------------------------------------------------------------------------
Perkembangan Fetus : 11 Minggu

*** Hari ni merupakan hari pertama bukak buku "pink" dan ditemani suami tercinta (Mohd Khairul Abd Kadir)... Thanks syg sbb temani ayg... ^_^ Sebelum ni kn..miey just check up kat klinik biase jer... Tup2... dh 11 minggu... Ingatkn 10 minggu.. Rupenye klinik swasta yg miey g checkup tu silap kire... apepun...i'm so happy to hear that..!! Syukur Alhamdulillah.. Due date lak...jatuh pada HARI RAYA AIDILFITRI...!!! Waaaa...kempunan nk mkn lauk pauk yang sedap tu... Sob2..!! Tp..xperla..demi insan tersayang, ku lakukan ape saje erk.. hehe.. U noe what..?? Banyak sgt info yang berguna yg miey dapat drp nurse n doc yg checkup td...n sgt berguna bagi miey yang tak pernah preggy ni kan... So, test urine, amik darah dah... Cume checkup ngn dental jer yg lum buat lagi.. Sbb tadi dah lama tggu, baru ley jumpe doc.. Tup2 klinik dh tutup utk lunch... So, terpakse postpone untuk next appointment... Its ok.. So, jom kite lihat apa perkembangan fetus untuk 11 minggu ni....!!! ;)

*************************
Anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Banyak dari perkembangan kritikal bayi akan selesai dalam dua minggu lagi, dan kemungkinan keguguran akan berkurangan secara ketara.

Diukur dari mercu kepala ke punggung, fetus 1.5-inci / 4-sentimeter anda mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk menendang dan meregang; pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim.

Satu garisan pigmen gelap yang menegak linea nigra, mungkin akan muncul di abdomen anda. Uterus anda sudah naik dan mengatasi tulang pelvis anda dan sekarang doktor anda akan boleh merasanya semasa pemeriksaan luaran.



31 Januari 2012 I Selasa I 5.45 Ptg

-----------------------------------------------------------------------------------
Perkembangan Fetus : 10 Minggu

Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia.

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina.

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap.

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

23 Januari 2012 I Isnin I 4.30 Ptg

-----------------------------------------------------------------------------------


Perkembangan Fetus : 9 Minggu



Menjelang minggu kehamilan yang ke-10, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik disebabkan hormon-hormon yang menyemarak.

Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

Sekiranya anda belum lagi berjumpa dengan pakar obstetrik/ginekologi, anda perlu membuat rancangan untuk pemeriksaan antenatal, dan kami mempunyai panduan lengkap tentang ujian-ujian antenatal. Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu, anda mungkin mahu mempertimbangkan ujian sampel vilus korion (CVS), satu ujian antenatal yang lazimnya dijalankan antara 10 minggu dan 12 minggu kehamilan, yang menapiskan kecacatan kelahiran dan keabnormalan.

16 Januari 2012 I Isnin I 10.00 Pg

-----------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan